Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelancong British dijel dua bulan kerana pukul pemandu teksi

Oct 14, 2015 | 08:57 AM



SEORANG pelancong British dipenjara dua bulan pada Selasa (13 Okt) kerana menumbuk dan menggigit kepala seorang pemandu teksi selepas jari anak lelakinya yang berusia 34 tahun terperangkap pada tingkap teksi itu.


James O'Kane, 61 tahun, bekas anggota bomba, minum arak di Clarke Quay sebelum kejadian pada 5.20 pagi 10 September di sebuah perhentian teksi dekat Tan Tye Place itu.


Dia juga diperintah membayar pampasan $1,250 kepada Encik Kamis Ismail bagi bil perubatan dan kehilangan pendapatan selama tiga hari.


O'Kane, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah menumbuk Encik Kamis, 52 tahun, di muka beberapa kali dan menggigit atas kepalanya.


Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yang Ziliang berkata anak O'Kane mendekati teksi Encik Kamis di perhentian teksi dan bercakap dengan beliau menerusi tingkap penumpang yang terbuka sebahagiannya.


Selepas Encik Kamis bersetuju membawa mereka ke Sophia Road, anak O'Kane mahu memasuki teksi itu tetapi jari kanannya terperangkap apabila tingkap itu sedang ditutup.


Dia menumbuk tingkap itu berulang kali dengan tangan kirinya hingga memecahkannya.


Selepas memberitahu bapanya apa terjadi, O'Kane memasuki teksi itu melalui pintu penumpang depan yang terbuka.


Dia mengunci kepala Encik Kamis dan kemudian menumbuk beliau. Apabila Encik Kamis cuba menghalangnya, O'Kane menggigit kepalanya sebelum seseorang menarik keluar pemandu teksi itu.


O'Kane terus berkelakuan agresif dan menolak Enciki Kamis sekurang-kurangnya dua kali sebelum pejalan kaki campur tangan. Encik Kamis kemudian menahan sebuah kereta ronda polis.


Anak O'Kane diberi amaran keras Jumaat lalu kerana melakukan kerosakan pada teksi tersebut.


Dia secara sukarela membayar pampasan $481 kepada ComfortDelGro.


O'Kane telah meminta maaf kepada Encik Kamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >