Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelanggan gigit jari apabila sebuah lagi pengimport selari gulung tikar

Nov 04, 2016 | 08:55 AM



SEBUAH lagi pengimport selari gagal menyerahkan kereta yang cengkeramnya telah dibayar - kes kedua dalam tempoh kurang sebulan.



TLC Cars Singapore, antara beberapa syarikat kereta kecil di Turf City di Bukit Timah Road, menggulung tikar, membuat pelanggan menggigit jari.



Ini berlaku hampir sebulan selepas Exodus Global, sebuah pengimport selari di Ubi Avenue 3, melakukan perkara sama.



Seperti pelanggan Exodus, pelanggan TLC telah membuat laporan polis, yang berkata mereka sedang menyiasat, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (4 Nov).



Pengurus logistik W.Y. So, 33 tahun, berkata beliau mengetahui tentang TLC secara tidak sengaja pada Julai dan memutuskan membeli kenderaan utiliti sukan Toyota Harrier baru daripadanya pada harga $137,800.



Beliau membayar cengkeram lebih $55,000 tetapi masih belum mendapat keretanya. Selepas berulang kali diberi jaminan oleh syarikat itu, dan mengalami penangguhan sebanyak itu, beliau membuat laporan polis pada 27 Okt.



Difahamkan sekurang-kurangnya 10 pelanggan terlibat dalam kes TLC, manakala lebih 20 terjejas oleh kes Exodus.



Sebuah syarikat kenderaan, Auto Lease, juga telah membuat laporan polis terhadap TLC.



Menurutnya, TLC membeli sebuah kereta Honda Vezel daripadanya pada harga kira-kira $36,000 (sebelum COE) dan membayar kira-kira $6,000.



Setelah mengambil kereta itu, ia tidak membuat pembayaran selanjutnya.



Encik Anthony Lim, rakan kongsi Auto Lease, berkata firmanya juga telah mendapatkan beberapa Sijil Hak Memiliki (COE) kenderaan bagi pihak TLC.



Auto Lease juga terjejas oleh penutupan Exodus. Secara keseluruhan, Encik Lim berkata Auto Lease telah membayar cengkeram COE berjumlah $310,000 bagi pihak Exodus dan TLC.



Encik Raymond Tang, naib presiden pertama Persatuan Penjual Kenderaan Singapura berkata kes seperti TLC "bukan baru". Malah, ia berlaku hampir setiap tahun.



Encik Tang berkata pengguna harus pergi ke "syarikat dihormati dengan rekod prestasi lama untuk selamat".



Malah lebih baik, pergi ke penjual yang mendapat pengiktirafan CaseTrust, ujarnya.



"Selalunya, mereka mendapat masalah kerana memilih harga paling rendah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >