SEKURANG-KURANGNYA empat orang telah membuat laporan polis mengenai syarikat perancang perkahwinan setempat, Urbane Wedding Concept, baru-baru ini.
Mereka mendakwa pemilik syarikat tersebut, yang dikenali sebagai Cik Noorsidah A. Rahim dan Encik Sam, menghilangkan diri setelah mengambil cengkeram bagi pakej perkhidmatan yang mereka tempah.