PELANTIKAN Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad sebagai menteri penuh disambut baik masyarakat Melayu, termasuk pengguna media sosial, yang menyifatkannya sebagai detik kebanggaan masyarakat.
Dengan pelantikan Encik Masagos itu, terdapat dua menteri penuh Melayu di Kabinet - pertama kali dalam sejarah negara.