Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai aktiviti dirancang bagi pastikan Wisma Geylang Serai dapat perhatian masyarakat

Apr 19, 2018 | 05:30 AM



FESTIVAL pembelajaran, minggu kesedaran guaman dan pementasan tahunan Gentarasa.



Itulah antara kegiatan dan program yang boleh dijangkakan pengunjung Wisma Geylang Serai (WGS) yang akan membuka pintunya kepada orang ramai bulan depan.



Membentangkan rancangan bagi WGS itu, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata pelbagai kegiatan yang telah dirancang itu bertujuan memastikan WGS menjadi sebuah tempat daya tarikan bagi masyarakat Melayu serta masyarakat bukan Melayu juga.



"Kami mahu di sinilah tempatnya mereka memahami tentang budaya dan latar belakang masyarakat Melayu/Islam dan bagaimana mereka boleh mengenali serta bergabung tenaga dengan masyarakat Melayu untuk sama-sama mengeratkan hubungan antara kaum di Singapura," ujarnya.



Antara tarikan utama WGS ialah pelancaran Bazar Hari Raya dan penyalaan lampu Hari Raya bulan depan.



Namun, uniknya, kata Dr Maliki yang ditugaskan menerajui projek WGS, bazar itu akan memaparkan satu ruang yang dinamakan Asean Street.



Pelbagai negara Asean akan menampilkan budaya dan barang dari negara mereka bagi membolehkan warga setempat mengenali jiran tetangga mereka dari seluruh rantau ini.



Selain itu, pementasan tahunan Gentarasa yang akan diadakan di WGS buat kali pertama tahun ini juga dijangka dapat dihadiri lebih ramai anggota masyarakat.



Ini kerana, menurut Dr Maliki, ruang yang disediakan WGS lebih terbuka berbanding tempat persembahan lain di tempat Gentarasa diadakan sebelum ini dan ini akan membolehkan lebih ramai orang menikmatinya.



Acara lain yang bakal diadakan termasuk pelancaran Bulan Bahasa serta kempen Bersih dan Hijau Singapura (CGS).



Menerusi festival pembelajaran yang akan dianjurkan di WGS misalnya, orang ramai boleh bertemu dengan pelbagai agensi pemerintah untuk mendapatkan penerangan mengenai pelbagai skim dan dasar pemerintah.



Acara minggu kesedaran guaman pula merupakan program baru yang bertujuan mendekati masyarakat tentang aspek guaman dan undang-undang yang sering kali kurang difahami anggota masyarakat.



Dengan visi WGS untuk menjadi nadi masyarakat Melayu di Singapura, Dr Maliki juga berkata usaha telah dijalankan bagi mendekati pertubuhan Melayu/Islam setempat agar mereka dapat hadir dalam bangunan tersebut.



Ini supaya mereka dapat mendekati masyarakat dan anggota masyarakat juga mudah berhubungan dengan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >