Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelbagai jenis juadah durian lama dan baru

Jul 28, 2018 | 05:30 AM



DURIAN yang melimpah ruah sekarang ini menyaksikan para peniaga mempelbagaikan juadah berasaskan raja buah itu.



Jika selama ini, orang ramai dapat menikmati aiskrim durian, pengat durian, bubur kacang durian, kek durian, cendol durian, wajik dan dodol durian, kini para peniaga lebih kreatif dengan menghasilkan juadah yang menggiurkan.



Old Chang Kee, misalnya memperkenalkan karipap durian dan makanan segera McDonald pula menyediakan Durian D24 McFlurry, Durian Puff dan aiskrim durian.



Di sebalik kemunculan juadah baru itu, namun juadah tradisional berasaskan durian tetap dicari orang.



Sebuah gerai di Pasar Geylang Serai, misalnya, menjual serawa pengat durian sempena musim durian sekarang ini.



Cik Afrina Mawi, 55 tahun, yang mengendalikan Warung Keluarga, menyatakan serawa durian itu laris dijual khususnya pada hujung minggu.



"Orang masih cari kuih-kuih lama berasaskan durian. Ini kuih tradisi orang kita yang tetap seperti dulu.



"Susah nak cari kuih macam ini ditempat lain kerana tak banyak orang buat," tambahnya.



Mereka yang idamkan bubur kacang durian pula boleh mendapatkan di sesetengah kedai makan termasuk yang terletak di sekitar Masjid Sultan.



Bagi yang gemar wajik, lempuk dan dodol durian, mereka boleh dapatkannya di seberang Tambak seperti Pasar Larkin, Pasar Tani Datin Halimah dan Pasar Tani bandar Baru UDA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >