Perkumpulan seni, pertubuhan akar umbi dan institusi pendidikan diundang menyarankan program dan kegiatan demi menyemarakkan lagi acara Bulan Bahasa tahun ini. Pelbagai bentuk bantuan juga telah disediakan bagi usaha tersebut. ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg) meninjau pelbagai peluang pendanaan serta penajaan ruang yang disediakan untuk manfaat penganjur acara Bulan Bahasa.
PELBAGAI peluang pendanaan dan tempat, di bangunan seperti Wisma Geylang Serai yang baru, akan ditawarkan bagi anjuran kegiatan Bulan Bahasa pada tahun ini.