PERMINTAAN bertambah bagi teknisyen lif yang berkemahiran adalah peluang baik bagi pekerja Melayu dalam bidang teknikal, kata Encik Zainal Sapari.
"Adalah baik bagi pekerja Melayu yang berada dalam bidang teknikal yang sedang mengurangkan pengeluaran supaya memperolehi kemahiran ini kerana permintaan bagi juruteknik lif dijangka bertambah," kata Encik Zainal, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).