Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang 'bersemuka' dengan ikan paus Singapura mulai Feb

Oct 30, 2015 | 11:17 AM



ORANG ramai dapat melihat rangka ikan paus sperma Singapura - Jubi Lee - apabila ia mula dipamer di Muzium Sejarah Semula Jadi Lee Kong Chian menjelang akhir Februari depan.


Ketua muzium tersebut, Profesor Peter Ng, berkata rangka sepanjang 10.6 meter itu besar kemungkinan diletak pada paras mata.


"Seperti semua bahan pameran lain kami, kami mahu pengunjung dapat pergi sedekat mungkin (kepadanya), dan menggantung tinggi ikan paus itu tidak selari dengan matlamat tersebut," kata beliau kepada akhbar The Straits Times.


Ikan paus sperma betina dewasa seberat sembilan tan itu ditemui mati di perairan tempatan pada 10 Julai itu.


Spesimen itu diberi gelaran mesra Jubi Lee sempena nama muzium tersebut dan hakikat ia ditemui pada tahun Jubli Emas negara ini


Kakitangan muzium bekerja sepanjang masa berbulan-bulan untuk mengekalkan rangkanya dan mengumpul sebanyak mungkin data daripada bangkainya.


Tulang-tulang itu kini di peringkat akhir nyahgris. Pemulihara muzium tersebut, Cik Kate Pocklington, berkata setiap tulang perlu melalui lima kitaran nyahgris.


Minyak mesti dibuang sepenuhnya bagi memastikan tulang-tulang itu tidak menjadi reput dan mula berbau.


Ia diharap dapat menggantikan rangka ikan paus baleen sepanjang 13 meter yang dipamer di Muzium Negara dari 1907 hingga 1974. Ia kemudian dihadiahkan kepada Malaysia.


Muzium sejarah semula jadi di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu dibuka April lalu.


Bagi warga rakyat Singapura dan Penduduk Tetap, tiket masuknya berharga $16 untuk dewasa dan $9 bagi kanak-kanak dan warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >