Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DANA REBEN KUNING (YRF)

Peluang kedua tidak disesia...

Feb 28, 2016 | 02:36 PM



ENCIK Muhammad Isa Saman pernah melalui keperitan dipenjara, namun sejarah pahit itu tidak menghambatnya mengejar cita-cita.


Malah, jejaka berusia 23 tahun itu berpeluang mengembara ke seluruh dunia menaiki kapal selama setahun di bawah program bekerja sambil belajar selepas dibebaskan.


Encik Isa, pelajar kursus diploma pengajian nautika di Politeknik Singapura, sebenarnya penerima dermasiswa Star (Bantuan Latihan Kemahiran bagi Permulaan Baru) Dana Reben Kuning (YRF).


Program dermasiswa itu membantu bekas pesalah dari segi kewangan menjalani latihan vokasional dan kemahiran supaya mereka boleh dapat pekerjaan dan hidup berdikari.


Di bawah program dermasiswa itu, kos pengajian Encik Isa dibiayai sepenuhnya, malah beliau diberi elaun.


"Elaun yang saya terima setiap bulan banyak membantu. Sebelum itu, saya kerja sambilan dan apabila perlu pergi ke sekolah, saya rasa letih.


"Kadangkala, saya rasa seperti tiada dorongan mahu ke sekolah. Tetapi, sejak menerima elaun, saya berhenti kerja dan kini memberi tumpuan penuh kepada sekolah," katanya.


Encik Isa dihukum atas kesalahan terlibat dalam kegiatan tailong atau pemiutang tanpa lesen. Beliau meringkuk di penjara selama setahun lapan bulan pada 2011.


Di dalam penjara itulah beliau mempelajari erti kehidupan.


Encik Isa kemudian mengambil keputusan menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' sebagai calon persendirian.


Beliau lulus lalu mendapat tempat dalam kursus diploma yang diikutinya hari ini. Namun, cabaran terus menyelubungi Encik Isa.


Hanya tiga minggu setelah beliau belayar, bapanya, Saman Eunos, meninggal dunia. Encik Isa hanya menerima berita pilu itu setelah sekitar 12 jam kapalnya tiba di pelabuhan.


November lalu, beliau terlepas menghadiri majlis perkahwinan kakaknya.


"Kejadian itu semua mengajar saya bahawa adalah penting meluangkan lebih banyak masa buat keluarga.


"Walaupun kerja itu penting, kita tidak boleh memberi tumpuan 24 jam hanya pada kerja," katanya, yang kembali ke Singapura pada 23 Disember lalu.


Selain meraih ilmu kemahiran nautika, antara perkara menarik yang dipelajari semasa belayar ialah ilmu falak. Beliau mempelajari kedudukan bintang yang dapat membantu pengemudian kapal.


Encik Isa, yang akan tamat pengajian Oktober ini, bercita-cita menjadi malim pelabuhan atau terus belayar supaya dapat mencapai pangkat kapten.


Di samping itu, beliau terlibat dalam sesi perkongsian bersama bekas pesalah sekali dalam tiga bulan.


"Saya nasihatkan mereka (bekas pesalah) supaya usah berhenti mengejar cita-cita. Jangan terlalu bimbang tentang sama ada mereka akan diterima di tempat kerja atau sekolah.


"Pastinya, mereka akan menghadapi cabaran apabila mencari pekerjaan setelah dibebaskan.


"Namun, tunjukkan bahawa mereka mempunyai azam mahu berubah dan buktikan mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan majikan," ujarnya.



Dermasiswa bantu buka lembaran baru


SEHINGGA Ogos 2014, seramai 41 bekas pesalah, yang merupakan penerima dermasiswa Star Dana Reben Kuning, berjaya meraih pensijilan atas kelayakan mereka ('qualified certification').


Dermasiswa Star (Bantuan Latihan Kemahiran untuk Permulaan Baru) Dana Reben Kuning bertujuan membantu bekas pesalah memerlukan dari segi kewangan bagi latihan vokasional dan kemahiran. Ini disediakan supaya mereka boleh mendapat pekerjaan dan hidup berdikari.


Sejak dilancarkan pada 2010, seramai 96 pelajar menyertai program itu. Kini, 29 pelajar sedang menuntut di beberapa institusi pendidikan hasil sokongan dermasiswa itu.


Di bawah program itu, kos perbelanjaan pengajian peserta akan dibiayai sepenuhnya. Elaun pula akan diberi berdasarkan kes.


Selain bantuan kewangan, pelajar akan dipadankan dengan seorang mentor. Mentor itu akan memberi sokongan kaunseling, sokongan, bimbingan dan mendekati pelajar serta terlibat sama dalam pelbagai kegiatan riadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >