Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang kerjasama lebih erat S’pura–AS dalam penjagaan kesihatan

Jun 08, 2023 | 05:21 PM



Terdapat peluang untuk kerjasama lebih erat antara Amerika Syarikat dan Singapura dalam penjagaan kesihatan, dengan Amerika menjadi pembawa pembaharuan dan Singapura sebagai pelaksana inovatif, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Dalam ucapannya di Persidangan Penjagaan Kesihatan Dewan Perniagaan Amerika di Singapura pada Khamis, Encik Ong menyebut tiga bidang kerjasama yang boleh diusahakan kedua-dua negara iaitu kesihatan digital, perubatan jitu dan kesiapsiagaan wabak.

Beliau berkata pandemik Covid-19 adalah wabak yang dahsyat dalam sejarah manusia tetapi tanpa sumbangan inovasi, dinamisme dan perusahaan Amerika, ia akan menjadi wabak yang jauh lebih teruk.

Beliau memberi contoh bagaimana vaksin mRNA Pfizer dan Moderna, yang rata-rata dikirimkan melalui DHL atau UPS menggunakan pesawat Boeing – kesemuanya dihasilkan syarikat Amerika – memainkan peranan penting dalam melindungi orang ramai daripada Covid-19.

Apabila diperlukan, Amerika berinovasi, mencapai kemajuan teknologi dan menawarkan huraian, kata Encik Ong.

Sebaliknya bagi Singapura, disebabkan saiznya yang kecil, adalah sukar untuk negara ini mencapai penemuan teknologi yang serupa, tambahnya.

“Jika Amerika adalah pembawa pembaharuan, Singapura adalah pelaksana yang inovatif, menterjemah dan merealisasikan ciptaan menjadi huraian yang boleh dilaksanakan di peringkat bandar,” kata Encik Ong.

“Di sini saya fikir terdapat peluang untuk kerjasama lebih erat dalam penjagaan kesihatan,” tambahnya.

Mengenai strategi jagaan kesihatan pencegahan senegara SG Lebih Sihat, Encik Ong berkata revolusi kesihatan digital, didorong oleh kemajuan pesat kecerdasan buatan (AI) akan membantu mempercepatkan pelaksanaannya.

Beliau menantikan penciptaan aplikasi kesihatan masa hadapan yang lebih mesra pengguna, relevan dan berkesan dalam mendorong dan menggalak pengguna untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang baik.

Bidang peluang kedua pula melibatkan perubatan jitu iaitu menyesuaikan pencegahan dan rawatan penyakit dengan mengambil kira perbezaan dalam gen, persekitaran dan gaya hidup seseorang.

Encik Ong berkata membangunkan penggunaan perubatan jitu di Singapura akan menjadi satu usaha besar dan negara ini perlu bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi.

“Sebagai contoh, Pfizer, bersama beberapa syarikat farmaseutikal lain, sedang meneliti Konjugat Ubat Antibodi, yang dikatakan sebagai “peluru berpandu biologi” untuk terapi barah tertumpu. Kami mengalu-alukan permohonan untuk menggunakan ubat itu di Singapura, dan akan menilai keselamatan, kemujaraban dan keberkesanan kosnya secara objektif dan teguh,” katanya.

Bagi bidang kerjasama ketiga iaitu kesiapsiagaan pandemik, Encik Ong berkata sekiranya berlaku wabak seterusnya di masa akan datang, perkara yang perlu terus ada ialah usaha global untuk membangunkan vaksin atau rawatan yang selamat dan berkesan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >