Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peluang menang tudung sukan bagi pembaca BH

May 07, 2021 | 05:30 AM



BAGI kaum Hawa yang gemar bersukan dan beriadah, pemilihan tudung yang sesuai pasti menjadi keutamaan mereka.



Antara faktor ialah fabrik yang boleh menyerap peluh dengan baik.



Antara yang baru dilancarkan ialah hijab berjenama, Voilee.



Selain tidak panas dan selesa, tudung ini juga sangat sesuai digunakan setiap hari ataupun ketika lasak bersukan. Terdapat tiga jenis koleksi hijab keluaran Voilee - Basic, Spectra dan Valiant.



Ketiga-tiga jenis tudung ini mempunyai kelebihan yang berbeza, dan disediakan juga dengan pemilihan fabrik dan warna yang rencam.



Tudung jenis Basic dan Spectra ini dihasilkan dengan menggunakan kain yang sangat lembut, ringkas dan mudah meresap udara atau aerodinamik.



Tudung ini amat sesuai bagi mereka yang menggunakan helmet untuk berbasikal atau sebagainya.



Bagi wanita yang gemar ke gim, berlari atau beryoga pula, pilihan tudung Valiant pastinya dapat memberi keselesaan yang diidamkan selain dijamin mampu menawarkan tudung yang lembut, bermutu tinggi dengan jahitan yang halus dan kemas.



Tudung ini juga direka khas bagi mereka yang berkaca mata, dengan jahitan yang tertutup rapi.



Tudung Voilee dihasilkan di Singapura dengan pengeluaran dan pengilangan di negara Asia lain.



Menurut Pengasas Bersama tudung Voilee, Encik Wee, penghasilan tudung mesra Muslimah ini mengambil masa hingga setahun untuk penyelidikan.



Tudung ini direka bagi memudahkan kaum wanita untuk bersukan atau menjalankan aktiviti lasak dengan sempurna.



"Kebanyakan tudung untuk beriadah dan bersukan yang terjual di pasaran tidak mampu memenuhi kehendak wanita Muslimah setempat. Justeru pihak kami mengambil masa hampir setahun untuk mencipta tudung yang bersesuaian, dan mampu menepati cita rasa pengguna di masa ini. Bagi kami, yang penting dalam pembikinan tudung sedemikian ianya perlu memenuhi aspek termasuk aliran udara baik bagi fabrik dan memastikan ianya tidak panas serta selesa.



"Tudung Voilee juga mudah digayakan, sopan dan mampu memberi kemudahan kepada Muslimah untuk tampil aktif dan selesa sepanjang masa. Kami juga melihat kaum Muslimah di waktu ini juga lebih cenderung melakukan aktiviti bersukan dan bersenam di luar rumah, dan kami yakin pilihan tudung Voilee dapat memberikan keselesaan yang diimpikan mereka selama ini," jelas Encik Wee.



Bagi pembaca Berita Harian (BH) yang ingin mendapatkan hadiah cabutan bertuah hijab eksklusif dari Voilee ini, anda hanya perlu mengimbas kod QR yang tertera di iklan di akhbar ini (lihat Muka 31).



Seramai 40 pemenang bakal mendapat tudung Voilee versi Valiant ini secara percuma.



Untuk perincian mengenai tudung Voilee dan kepelbagaiannya, anda boleh melungsuri laman voilee.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >