KELIHATAN beberapa jet pejuang jenis F-15SG dan F-16C membelah langit dalam satu aksi mendebarkan tatkala mereka cuba memintas sebuah pesawat kecil yang tidak dikenal pasti berlegar di ruang udara.
Di samping itu, pasukan Pertahanan Udara Berpangkalan di Darat (GBAD) pula bersedia mengambil kedudukan mereka di darat dengan menyediakan sistem peluru berpandu darat ke udara Spyder dan jentera IGLA.