Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemain bola sepak dijel kerana cederakan pengadil lepas diperintah keluar padang

Aug 28, 2015 | 03:41 PM



DEK marah diperintah keluar padang dalam satu perlawanan bola sepak antara jabatan, seorang pemain, Muhammad Maziz Abdul Rahman, 29 tahun, mencederakan pengadil.


Maziz dihukum penjara 10 bulan hari ini (28 Ogos) dan diperintah membayar pampasan $2,000 kepada mangsa, Encik Mohd Asadullah, yang cedera serius, termasuk hidung patah.


Dia mengaku menendang paha Encik Mohd Asadullah, menumbuk mukanya dua kali dan menendang belakang kepalanya apabila pengadil berusia 35 tahun itu terbaring di padang bola sepak Kelab Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA) di Bukit Chermin Road pada 4 Disember tahun lalu.


Maziz bermain bagi Container Logistics Department United menentang PPT United dalam Liga Bola Sepak PSA itu.


Dia ditunjuk dua kad kuning sebelum dilayang kad merah kerana memekik "stupid or what" (bodoh atau apa) terhadap pengadil dan menentang pengadil melalui tindakan dan kata-katanya.


Apabila Encik Mohd Asadullah memerintah Maziz supaya meninggalkan padang, dia menjadi marah dan menyerang beliau.


Hakim Daerah Adam Nakhoda berkata respons Maziz terhadap kad itu benar-benar tidak seimbang; beliau tidak menghormati kuasa pengadil dan tindakannya tidak wajar sepenuhnya.


Beliau berkata serangan Maziz itu menunjukkan "kecenderungan samsengnya".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >