Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemain Pokemon Go temui mayat terapung di Woodlands

Aug 08, 2016 | 05:30 AM



SEMASA keluar bermain Pokemon Go di Taman Waterfront Woodlands semalam, netizen yang dikenali sebagai Encik Azmi Suarez terjumpa mayat yang terapung.



Encik Azmi menyiarkan penemuan gambar mayat itu, yang dijumpai berhampiran jeti taman, di laman Facebooknya. Dalam catatannya, Encik Azmi berkata:



"Awal pagi saya mencari tempat Pokemon. Tiba-tiba menemui mayat. Bersemadilah dengan tenang tidak kira siapa diri anda. Seolah-olah seperti seorang perempuan tua. Saya rasa kematiannya tiada kena mengena dengan Pokemon Go".



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu pada 9.45 pagi dan mengesahkan wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



Jurucakap polis berkata mereka sedang menyiasat kematian luar biasa itu.



Kelmarin, permainan yang menjadi kegilaan ramai, Pokemon Go, dilancarkan di Singapura.



Pasukan Polis Singapura (SPF) menasihati peminat Pokemon Go agar menikmati permainan itu dengan cara yang selamat serta menggesa supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa mencari Pokemon.



Polis juga menasihati agar orang ramai bermain dengan teman atau secara berkumpulan.



Pemain juga perlu melihat kawasan yang dilalui, berwaspada terhadap keadaan sekeliling dan jangan melintas jalan secara sembarangan.



Antara nasihat polis adalah:



  • Jangan bermain Pokemon Go semasa memandu atau menaiki alat pergerakan peribadi.

  • Jangan memasuki kawasan larangan dan hartanah privet, atau mengambil gambar kawasan-kawasan tersebut.

  • Berwaspada terhadap data yang dikongsi - terdapat kemungkinan penjenayah cuba mencari peluang memerangkap mangsa di 'Pokestop' mereka.

  • Jangan dedahkan maklumat peribadi dan berjaga-jaga terhadap aplikasi dan panduan permainan palsu.

Penjenayah siber boleh mengakses data peribadi untuk melakukan penipuan atau menggodam telefon anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >