Pemancing S'pura tangkap sejenis 'sotong' aneh di Pulau Ubin

PEMANCING Singapura, Encik Ramlan Saim, telah menjelaskan bahawa beliau adalah orang yang sebenarnya menangkap sejenis binatang berupa sotong - tangkapan yang kini mendapat tumpuan global.

Sedang beberapa wadah berita dunia telah mengenalpasti pemancingnya sebagai Encik Ong Han Boon, Encik Ramlan berkata identiti itu merupakan satu kesilapan, katanya pagi semalam Rabu.

"Beliau mungkin antara orang yang mengongsi video tersebut, dan mereka sangka beliau adalah pemancing yang menangkapnya," kata Encik Ramlan, 53 tahun, seorang penolong pengurus projek.

Beliau berkata, beliau menangkap haiwan 'basket star' itu - sejenis tapak sulaiman (star fish) - di tempat memancing yang beliau sering pergi dekat Pulau Ubin, lewat bulan lalu.

Binatang itu kelihatan menggeliang-geliut, dengan seolah-olah ia mempunyai lebih 100 sesungut (tentacles).

"Saya tahu kawasan itu mempunyai banyak rumpai laut, jadi saya sangka joran saya tersangkut. Tapi bila saya angkatnya ke dalam bot ia mula bergerak seperti makhluk asing (alien)," kata beliau kepada The Straits Times.

Beliau kemudian melepaskan binatang itu. Encik Ramlan kemudian mengirimkan pos video mengenai binatang itu ke akaun Facebooknya.

Kiriman itu kemudian mendapat perhatian meluas di Internet dengan hampir 8 juta telah menontonnya.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:14
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,952.540 -6.320