Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu BMW yang pandu secara berbahaya di Pusat Pemeriksaan Tuas dihadap ke mahkamah

Jun 26, 2015 | 06:29 PM



SEORANG peniaga warga Singapura yang memandu dengan laju untuk meninggalkan pusat imigresen Tuas setelah berhenti untuk menjalani pemeriksaan didakwa di mahkamah semalam.


Mohamed Dawood RM Abdul Sukkur, 47 tahun, dituduh melakukan perbuatan terburu-buru sehingga membahayakan keselamatan orang lain.


Mahkamah diberitahu, Mohamed Dawood memandu kereta BMW 7-series di pusat imigresen Tuas pada kelajuan 142 kilometer sejam meskipun kawasan pemeriksaan tersebut mempunyai had kelajuan 15 kilometer sejam.


Pihak pendakwaraya membuat permohonan bagi kes itu ditangguh untuk tiga minggu, kerana Mohamed Dawood mungkin dikenakan lebih banyak tuduhan.


Kes itu kini ditangguh kepada 14 Julai dan ikat jamin Mohamed Dawood dilanjurkan mahkamah.


Di mahkamah semalam, Mohamed Dawood dikatakan telah melepasi imigresen dan meneruskan perjalanan ke kawasan Customs Red Channel untuk mengisytiharkan kotak karipap dan kuih yang dibawa masuk dari Malaysia.


Pemeriksaan kemudian dilakukan dan terdapat perbezaan antara jumlah yang diisytiharkan dan yang diperiksa.


Mohamed Dawood kemudian diarahkan ke ruang pemeriksaan khas untuk pemeriksaan lanjut.


Bagaimanapun, dia gagal berbuat demikian dan sebaliknya memandu meninggalkan kawasan tersebut.


Di bawah undang-undang, sesiapa yang ingin membawa masuk makanan yang telah dimasak seperti kuih dari Malaysia perlu memohon permit daripada Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA).


Jika didapati bersalah Mohamed Dawood boleh dikenakan hukuman maksimum penjara selama enam bulan atau saman sejumlah $2,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >