Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu ditangkap lepas kereta terbabas, langgar bas di Eunos Link

Sep 23, 2016 | 10:01 AM



SEBUAH kereta Honda merah terbabas melewati tiga lorong dan pembahagi jalan di Eunos Link hingga berlanggar dengan sebuah bas penuh dengan penumpang pada pagi Jumaat (23 Sept).



Tiada siapa cedera, tetapi pemandu kereta itu, seorang lelaki berpakaian kemeja-T putih dan bermuda, dilihat menjerit dan menolak pegawai yang bergegas ke tempat kejadian sekitar 7.30 pagi.



Beliau terpaksa dihalang oleh tiga anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan terbaring di atas tanah kira-kira setengah jam sementara mereka bercakap kepadanya.




Seorang jurucakap SCDF berkata ia telah dimaklumkan tentang kepada kemalangan berhampiran simpang Eunos Link dan Ubi Avenue 2 sekitar 7.30 pagi dan mengerahkan ambulans ke tempat kejadian.

Polis berkata pemandu itu ditangkap kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam selepas dinilai oleh paramedik. Siasatan sedang dijalankan.

Hukuman maksimum bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas ialah penjara empat tahun dan denda.


 



Penumpang bas SBS Transit itu turun dan menaiki perkhidmatan seterusnya.



Seorang saksi, Encik Chung Sew Meng, 42 tahun, sedang memandu ke kerja di Kaki Bukit apabila beliau ternampak kereta merah tersebut bergerak dengan laju dari arah bertentangan dan melanggar pembahagi jalan.



"Dia memandu sangat laju. Ia berlaku dalam masa beberapa saat... saya kemudian melihat keretanya terbabas ke tepi jalan. Saya berada di sebelah keretanya," kata pengarah syarikat perabot itu.



"Agak mengejutkan. Nasib baik tidak ada pengguna jalan raya lain, tidak ada motosikal," ujar beliau. "(Pemandu) itu mungkin panik dan tertekan. Dia keluar dan menjerit."



Seorang pegawai keselamatan, Encik Ahmad Juhari, yang dalam perjalanan pulang dari syif malam, melihat kemalangan itu dari sebuah perhentian bas berhampiran.



"Pemandu itu ganas," kata beliau, 50 tahun. "Pegawai-pegawai itu cuba membantunya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >