Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu elak sekatan jalan dikejar polis dan rempuh dua kenderaan

Aug 18, 2016 | 09:36 AM



SEORANG pemandu cuba mengelak satu sekatan jalan hingga dikejar polis dan menyebabkan kemalangan tiga kenderaan pada Selasa (16 Ogos) malam.



Polis berkata dalam satu kenyataan pada Rabu (17 Ogos) bahawa lelaki berusia 28 tahun itu enggan mematuhi arahan di satu sekatan jalan di Sembawang Road, dan memandu pergi dengan cepat.



Seorang saksi, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Deng, memberitahu akhbar berbahasa Cina Lianhe Wanbao beliau melihat sebuah kereta hitam memecut dan melanggar lampu merah di Marsiling, dengan dikejar dua motosikal polis dan sebuah kereta polis.



Kejadian itu berlaku sekitar 10 minit, melalui jalan di kawasan tersebut dan mengelilingi stesen MRT Sembawang, kata Encik Deng.



Ia berakhir sejurus selepas 11 malam di simpang Yishun Avenue 5 dan Yishun Avenue 2, apabila kereta itu bertembung dengan dua kenderaan lain.



Seorang lelaki berkata beliau berada dekat stesen MRT Yishun apabila melihat kereta hitam itu melanggar sebuah teksi dan sebuah van yang berhenti di lampu merah.



Beliau berkata sebuah motosikal polis turut merempuh bahagian penumpang kereta itu.



Menurut akhbar Shin Min Daily News, pemandu itu kemudian menyerang pegawai yang cuba menahannya. Dia juga dipercayai menendang motosikal polis.



"Menyusuli kemalangan itu, pemandu lelaki tersebut melawan dengan ganas dan menyerang pegawai Polis Trafik untuk mengelak tangkapan," kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Pemandu itu dan dua anggota polis cedera dalam pergelutan tersebut dan dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat, lapor Shin Min Daily News.



Menurut laman web Stomp, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menghantar sebuah kereta bomba, sebuah Red Rhino dan dua ambulans ke tempat kejadian.



Pemandu itu kemudian ditangkap kerana kesalahan trafik dan dadah.



Siasatan sedang dijalankan.



Sesiapa yang didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan ke atas kakitangan awam berdepan hukuman penjara tujuh tahun, denda, sebat, atau sembarang gabungan hukuman itu.



Polis mengingatkan orang ramai supaya bekerjasama dengan para pegawai semasa sekatan jalan, kerana mengelakkan sekatan meletak pengguna jalan raya dalam risiko.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >