Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu kereta sewa swasta terkorban dalam nahas jalan raya

Sep 23, 2017 | 05:18 PM



SEORANG pemandu kereta berusia 38 tahun meninggal dunia di hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan bas swasta di Yishun pagi semalam. 



Penumpang kereta tersebut terperangkap dalam kenderaan dan terpaksa dibebaskan oleh pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

 

Kemalangan itu berlaku sepanjang jalan Yishun Avenue 8 ke arah Yishun Avenue 7 sekitar 6 pagi, menurut laporan akhbar Shin Min hari ini. 



The Straits Times melaporkan bahawa pemandu berusia 38 tahun itu merupakan pemandu kereta sewa swasta. 



Bas yang terlibat dalam kemalangan tersebut dimiliki syarikat AZ Bus. 



Cik Cynthia Yeo, eksekutif operasi di AZ Bus memberitahu The Straits Times bahawa tiada penumpang di dalam bas ketika itu, dan pemandu tersebut juga tidak cedera. 



Cik Yeo, 36 tahun, menambah bahawa bas itu biasanya mengangkat penumpang yang terdiri daripada pelajar atau pekerja pejabat.



Pihak polis menyatakan bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 5.58 pagi semalam. 



“Pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita itu tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke hospital Khoo Teck Phuat,” katanya. 



Pemandu tersebut kemudiannya meninggal di hospital. 



SCDF berkata ia telah menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap di kerusi penumpang depan menggunakan alat hidraulik.



SCDF telah menghantar kereta bomba, dua Red Rhino dan dua ambulans selepas menerima panggilan sekitar 6.10 pagi. 



Siasatan polis masih diteruskan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >