Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu langgar dua kenderaan polis di TPE

Dec 11, 2015 | 03:17 PM



SEBUAH kereta telah melanggar dua kenderaan Polis Trafik (TP) di Ekspreswe Tampines (TPE) malam kelmarin, Khamis, (10 Disember).


Kejadian di TPE menuju ke arah Ekspreswe Rentas Pulau(PIE) itu yang berlaku sekitar 10.30 malam itu telah dirakam oleh kamera kenderaan yang berada di lorong tengah.


Rakaman tersebut menunjukkan kereta yang dipandu laju di lorong pertama melanggar belakang kereta TP serta motosikal penguatkuasaan.


Kereta itu dilihat cuba brek namun tidak sempat berhenti.


Kenderaan polis tersebut sedang dalam perjalanan ke kawasan kemalangan yang berlaku sebelum itu pada sekitar 9.30 malam.


Lelaki yang memandu kereta tersebut dan dua pegawai TP lelaki mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke Hospital Besar Changi, menurut jurucakap polis.


Polis masih menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >