Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi ambil video dalam skirt penumpang tertidur

Dec 17, 2015 | 09:19 AM



SEORANG pemandu teksi yang mengambil video dalam skirt seorang penumpang selepas beliau tertidur di tempat duduk belakang, dijatuhi hukuman penjara empat bulan pada Rabu (16 Dis).


Tan Swee Pheng, 60 tahun, mengaku mengambil video wanita itu dengan telefon bimbitnya pada 28 September lalu.


Dia telah mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu, dan ikat jamin $20,000 dibenarkan.


Mahkamah diberitahu bahawa wanita itu menaiki teksi Comfort Tan di Bedok dan mengarahkan dia pergi ke UOB Plaza di Raffles Place.


Beliau kemudian tertidur dan sedar 15 minit kemudian, apabila teksi tersebut melalui Central Boulevard.


Wanita itu terkejut apabila melihat tangan kiri Tan terhulur ke belakang untuk mengambil video bawah skirt beliau menggunakan telefon bimbit.


Beliau memarahi Tan, yang segera meminta maaf dan merayu supaya beliau tidak membuat laporan polis.


Tan memadam video tersebut di hadapan wanita itu, namun beliau berasa kehormatannya telah dicabul dan membuat laporan polis.


Mahkamah diberitahu bahawa Tan melakukan perbuatan itu disebabkan hawa nafsu dan mahu melihat paha wanita tersebut.


Hakim Daerah Ronald Gwee berkata penumpang berhak berasa selamat ketika menaiki teksi, dan tidak perlu bimbang tentang privasi mereka dicerobohi.


Tan tidak lagi memandu teksi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >