Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi beri penghargaan pada pekerja kurang upaya

Feb 13, 2015 | 04:21 PM



SEMPENA perayaan Tahun Baru Cina, Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) telah berganding bahu dengan Pusat Bizlink untuk menghadiahkan para pekerja kurang upaya pusat itu dengan beg cenderahati bernilai $500 sambil membantu menghiaskan rumah mereka sebagai tanda penghargaan di atas kerja keras mereka.


Seramai 200 pemandu teksi telah mengunjungi 52 keluarga pekerja pusat tersebut - sebuah badan tidak meraih untung yang mengambil pekerja kurang bernasib baik atau kurang upaya.


Mereka bekerja antara lain sebagai pekerja pembersihan, pekerja teknologi maklumat dan pembungkus.


Antara mereka termasuk 12 keluarga Melayu/Islam.


Mereka menerima beg diisi dengan pelbagai makanan, minuman, buah oren dan mesin urut badan.


Penasihat eksekutif NTA, Encik Ang Hin Kee, berkata gabungan antara NTA dengan Pusat Bizlink itu bukan yang pertama.


Namun, acara pada tahun ini agak berbeza sedikit kerana NTA ingin memberi penghargaan kepada pekerja Bizlink yang bekerja bertungkus-lumus, seperti pemandu teksi, walaupun menghadapi banyak rintangan.


Antara pemandu teksi yang menyertai acara itu ialah Cik Zainon Mohamed, 46 tahun.


"Tahun-tahun yang lepas, saya tidak dapat menyertai acara ini kerana kesempitan masa. Tahun ini, saya ingin menyokong NTA dan membantu dengan apa yang mampu.


"Kami hidup di negara berbilang bangsa. Asalkan acara tidak bercanggah dengan agama, saya akan beri bantuan," ujar beliau yang telah memandu teksi selama 7 tahun.


Turut hadir dalam acara itu sebagai tetamu terhormat ialah Timbalan Setiausaha Agung Kongress Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan pengerusi penasihat kepada NTA, Encik Chan Chun Sing, .


Encik Chan, juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Anggota Parlimen Tanjong Pagar GRC, menghidupkan bunga api elektronik sebagai tanda permulaan acara dan membantu memuatkan beg cenderahati ke dalam teksi.


Sebelum teksi-teksi berangkat ke rumah yang ditetapkan, para pemandu diberi "ang pao" atau sampul merah dan buah oren yang ditaja Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) sebagai tanda penghargaan bagi usaha mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >