Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi derma 3 mesin dialisis baru

Mar 09, 2018 | 05:30 AM



TIGA mesin dialisis baru berteknologi tinggi yang didermakan sekumpulan pemandu teksi Yayasan Dialisis Buah Pinggang (KDF) di sini dijangka melancarkan proses dialisis secara lebih selamat.



Mesin penapisan darah atau 'haemodiafiltration' itu akan menjadi yang pertama di pusat itu, termasuk fungsi teknikal baru yang memperbaiki cara rawatan dan membetulkan beberapa keadaan klinikal yang mempengaruhi pesakit dialisis.



Mesin itu akan menggantikan mesin lama Jun ini.



Kumpulan kebajikan ComfortDelGro, CabbyCare, dan Cik Lim Choo Eng, isteri pemandu teksi mendiang Cheng Teck Hock, yang terlibat dalam kemalangan maut dengan Ferrari pada 2012, semalam mendermakan mesin itu kepada KDF sempena Hari Buah Pinggang Sedunia.



Antara pesakit yang dapat memanfaatkan mesin itu ialah Nor Aisah Mohd Noor.



Cik Nor Aisah, 51 tahun, yang menerima subsidi rawatan di KDF Bishan dan menjalani rawatan tiga kali seminggu selama 18 tahun, berkata sebelum ini beliau selalu bimbang akan komplikasi lain seperti tekanan darah rendah yang dialami.



Namun, kebimbangan itu berkurangan dengan adanya mesin baru itu.



Suami pesakit lain yang menemani isteri di sesi rawatan ketika ditemui akhbar The Straits Times berkata sumbangan tersebut amat "menyentuh hati pesakit dan keluarga mereka".



"Kami sangat tersentuh dengan kehadiran penderma yang datang sendiri ke pusat ini untuk menyampaikan sumbangan," kata sang suami berusia 58 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Liau.



CabbyCare mempunyai sejarah hubungan kebajikan dengan KDF dan kali pertama menderma empat mesin dialisis pada 2004.



Kali ini, kumpulan pemandu teksi itu telah mengumpul $72,000 untuk menaja pembelian mesin baru.



Ini kali kedua pemandu teksi Freddie Lee, 70 tahun, terlibat dalam projek sumbangan menaja mesin baru ke pusat tersebut.



"Kami harap, pada masa akan datang, kami boleh menderma lebih banyak mesin buat KDF atau pusat dialisis lain yang sanggup bekerjasama dengan kami," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >