Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu teksi diberi amaran keras kerana kenakan bayaran tambahan di Pusat HarbourFront

Dec 24, 2015 | 12:18 PM



SEORANG pemandu teksi Comfort yang mengenakan bayaran tambahan yang tidak dibenarkan untuk mengambil penumpang di Pusat HarbourFront diberi amaran keras oleh Comfort DelGro pada Rabu (23 Dis).


Penumpang itu meletak pos di forum dalam talian Hardware Zone bahawa beliau menaiki teksi tersebut pada Isnin lalu di perhentian teksi Pusat HarbourFront, di luar restoran McDonald di pusat beli-belah itu.


Menurutnya, beliau kerap mengambil teksi dari HarbourFront Centre tetapi itu kali pertama beliau dikenakan bayaran tambahan.


Satu resit yang dimuat naiknya menunjukkan tambang bagi perjalanan 10.4 kilometer itu $11.15, tetapi ia ditambah dengan bayaran tambahan $3 bagi mengambil penumpang di Lapangan Terbang Changi, menjadikannya $14.15.


"Saya bertanya (pemandu itu) mengenai bayaran tambahan $3 tersebut apabila saya membayarnya, memberinya satu peluang terakhir untuk menjelaskan atau menarik balik bayaran itu. Tetapi beliau menegaskan ada bayaran tambahan $3 bagi mengambil penumpang di Pusat HarbourFront dan meminta saya memeriksanya sendiri," kata penmmpang itu, sambil menambah beliau telah memberitahu Comfort DelGro dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengenai kejadian itu.


Comfort DelGro mengesahkan kepada akhbar The Straits Times tiada bayaran tambahan dikenakan bagi mengambil penumpang di Pusat HarbourFront.


"Dalam kes ini, pemandu itu telah diberi amaran keras kerana menambah bayaran tambahan yang tidak dibenarkan pada tambang muktamad yang ditunjukkan meter.


"Kami telah memohon maaf dan akan memulangkan wang penumpang itu," kata pegawai komunikasi korporat kumpulan Comfort DelGro, Cik Tammy Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >