SEORANG pemandu teksi sambilan telah menyimpan kad kredit yang ditinggalkan oleh seorang penumpang dan menggunakannya untuk membuat bayaran tambang teksi dan membeli barangan elektronik di Mustafa Centre.
Semalam, Benjamin Bill Chan Ching Hao dijatuhi hukuman penjara 24 minggu selepas dia mengaku melakukan penyelewengan jenayah dan penipuan di Mustafa Centre.