Pemandu terperangkap, 28 dibawa ke hospital akibat nahas di terowong MCE

PEMANDU sebuah bas privet terperangkap di dalam kenderaannya selepas bertembung dengan sebuah lori jongket di terowong Expreswe Pantai Marina (MCE) petang Selasa (29 Mac).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang berkata ia menerima panggilan bantuan pada 6.17 petang, menggunakan alat menyelamat hidraulik untuk membebaskan lelaki itu.

Terdapat 28 mangsa tetapi tiada kematian, kata SCDF.

Mangsa, semua dalam keadaan sedar, dibawa ke tiga hospital - 13 ke Hospital Besar Singapura (SGH), sembilan ke Hospital Tan Tock Seng dan enam ke Hospital Besar Changi.

Kemalangan itu berlaku di lorong kelima MCE menghala East Coast Parkway, selepas Marina Coastal Drive.

Difahamkan kenderaan terlibat dan serpihan dibersihkan sepenuhnya hanya selepas 9 malam.

Polis sedang menyiasat.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.