DALAM kes rayuan VOC v VOD SGHC(A) baru-baru ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahagian bekas suami ke atas rumah ibu bapanya bukan harta sepencariannya dengan bekas isterinya. Ia perkahwinan sivil, bukan Islam, jadi undang-undang terpakai ialah Piagam Wanita, bukan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla).
Dalam kes ini, suami mempunyai ⅓ bahagian ke atas rumah itu dan ia dibeli oleh ibu bapanya, yang kemudian memberinya bahagian ⅓ itu.