DASAR imigresen, Kertas Putih Kependudukan dan kos sara hidup yang tinggi merupakan antara isu yang dibangkitkan parti-parti pembangkang dalam rapat pilihan raya malam tadi.
Calon Parti Pekerja (WP) di GRC Nee Soon, Encik Gurmit Singh, berkata dasar imigresen Parti Tindakan Rakyat (PAP) menjejas peluang pekerjaan bagi warga setempat dan membawa kepada kesesakan pada kemudahan awam seperti MRT, sekolah dan flat awam.