Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu gerai dijel 5 bulan dek gesel punggung wanita

Jun 18, 2015 | 03:43 PM



SEORANG pembantu gerai dijatuhi hukuman penjara lima bulan kerana menggesel seorang wanita di kabin keretapi LRT.


Mohamed Rosen Allapitchay, 55 tahun, mengaku mencabul eksekutif teknikal berusia 24 tahun itu semasa LRT tersebut bergerak antara stesen Cove dan Meridian sekitar 9.50 malam, 24 April lalu.


Mereka sedang dalam perjalanan pulang menaiki LRT yang sama apabila wanita itu berasa sesuatu menyentuh punggungnya.


Beliau cuba beralih. Semasa berbuat demikian, beliau melihat Mohamed Rosen berdiri di kirinya dan sedar dia orang yang sama berdiri di belakangnya sebelum itu.


Beliau bergerak satu langkah ke depan untuk mengelak sentuhan tetapi berasa sesuatu menyentuh punggungnya lagi.


Beliau cuba mengelak lagi tetapi kejadian itu berulang.


Mahkamah diberitahu wanita itu berasa tersinggung dan marah atas perbuatan yang disengajakan itu.


Beliau turun dari LRT itu di stesen Cove Edge dan membuat laporan di Pusat Kejiranan Polis Punggol esoknya.


Pesalah kemudian ditangkap dan mengaku menggesel tubuh dan punggung wanita itu dan "berasa puas".


Dia pernah dikenakan penjara tiga bulan atas kesalahan mencabul tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >