Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah dakwa dipukul majikan dengan tukul, alat lain

Apr 18, 2016 | 03:19 PM



SEORANG pembantu rumah warga Indonesia memberitahu mahkamah pada Isnin (18 April) tentang pelbagai penderaan yang beliau alami di tangan majikannya, yang didakwa menggunakan pelbagai senjata untuk memukul badan, kepala dan muka beliau.



Cik Khanifah, 35 tahun, memberi keterangan pada permulaan perbicaraan Zariah Mohd Ali, 54 tahun. Pendakwaan meneruskan 12 daripada 28 tuduhan penderaan yang dikenakan ke atas Zariah.



Suaminya, Mohamad Dahlan, 56 tahun, menghadapi satu pertuduhan memukul pembantu rumah itu di kepala dengan penutup kuali.



Cik Khanifah berkata beliau dipukul dengan tukul besi kira-kira lima kali dan dua kali di mulut di flat pasangan itu di Woodlands pada 2012.



Beliau berkata Zariah menggunakan bahagian tumpul tukul untuk memukulnya dengan kuat di belakang kepalanya selepas dia mendakwa Cik Khanifah tidak membersihkan tandas dengan betul dan cukup pantas.



Semasa dipukul di kepala, beliau menjerit: "Sakit."



Beliau pergi ke tandas dapur untuk membersihkan luka di kepalanya dan meletak tuala kecil untuk menutup luka itu tetapi ia tidak cukup.



Pembantu rumah itu berkata Zariah menggunakan tuala wanita Softex untuk menahan darah yang terus mengalir.



Mengimbas kembali kejadian terakhir, Cik Khanifah berkata beliau sedang membersihkan tandas Zariah apabila dia memarahinya dan memukulnya dengan tukul.



Walaupun lumpuh pada tangan kiri, Zariah menggunakan tangan kanannya untuk memukul beliau "dengan sangat kuat", kata Cik Khanifah.



Kali ini, ujarnya, darah keluar lebih banyak kerana kecederaan lama belum sembuh.



Beliau membersihkan kecederaan itu dalam tandas dapur. Menurut Cik Khanifah, beliau sekali lagi menggunakan tuala kecil dan Zariah melemparkan Softex ke arahnya.



Cik Khanifah berkata beliau tidak diberi sebarang ubat dan Zariah tidak peduli.



Beliau menanggalkan tudung dalam kandang saksi untuk menunjukkan kepada mahkamah parut besar di belakang kepala beliau, apabila ditanya tentang keadaan kulit kepalanya oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sharmila Sripathy-Shanaz.



Cik Khanifah juga memberi keterangan bahawa Zariah memukul bibir bawahnya semasa beliau membersihkan luar bilik Zariah.



Beliau berkata Zariah meminta beliau senyum dan tunjukkan giginya. Zariah kemudian memukul beliau di tengah-tengah bibir bawah. Cik Khanifah berkata gusinya berdarah, bibirnya bengkak dan dua giginya goyang.



Dua gigi beliau juga tertanggal dalam satu kejadian apabila beliau dipukul Zariah, kata pembantu rumah itu.



Selain tukul, Zariah didakwa menggunakan galah jemuran untuk memukul telinga kiri Cik Khalifa, mengakibatkan kecacatan kekal.



Zariah juga didakwa menggunakan batu tumbuk untuk mencacatkan kepala Cik Khanifah; menikam bahu beliau dengan gunting; dan menikam lengannya dengan parang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >