Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah diberkas kerana lontar barang ke luar tingkap flat Ang Mo Kio

Jan 20, 2018 | 03:26 PM



SEORANG pembantu rumah berusia 31 tahun ditangkap semalam selepas melontar barang-barang dari unit flat di tingkat dua. 



Pihak polis memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mereka diberitahu tentang perbuatan terburu-buru pembantu rumah tersebut di Blok 623, Ang Mo Kio Avenue 9, sekitar 2.30 petang. 



Seorang wanita berusia 31 tahun ditangkap berkaitan kes tersebut dan siasatan polis sedang dijalankan. 



Difahami bahawa wanita tersebut adalah seorang pembantu rumah warga Indonesia. 

Dia pernah melontar beberapa barangan ke luar tingkap flat itu sebelum ini, termasuk kerusi roda. 



Video dalam talian menunjukkan wanita tersebut melontar barangan ke bawah, termasuk periuk nasi, peralatan rumah dan baju, sementara seorang lelaki kedengaran dalam video itu meminta tolong. 



Kelihatan beberapa barangan bersepah di bawah blok tersebut. 



Pada masa insiden itu, sekitar 20 orang berkumpul di bawah blok itu untuk bermain Pokemon Go, sebuah permainan AR, menurut laporan Lianhe Wanbao. 



Salah seorang daripada mereka, Cik Chen, berkata bahawa bunyi bising barangan tersebut dilontar ke bawah menarik perhatian pemain Pokemon Go dan ramai yang telah menyaksikan apa yang terjadi. 



Cik Chen, seorang jurujual, berkata: “Beberapa orang melihat apa yang terjadi, merakamkan video dan memuatnaikkannya. Yang lain pula telah menghubungi polis. Mujur tiada yang cedera.” 



Majikan pembantu rumah itu, seorang perempuan 60an tahun yang memberi namanya sebagai Cik Lin, berkata pembantu rumah itu baru mula bekerja sejak sebulan lalu. 



Siasatan polis masih dijalankan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >