Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah dipenjara kerana aniayai bayi tidak mahu tidur

Apr 20, 2016 | 09:30 AM



SEORANG pembantu rumah warga Indonesia berkali-kali mendera seorang kanak-kanak berusia 14 bulan - hanya kerana dia tidak dapat membuat budak itu tidur, sebuah mahkamah daerah diberitahu pada Selasa (19 Apr).

Beberapa kali Tursinah Sari, 32 tahun, menarik tangan bayi itu, mengangkatnya dengan memegang buku lalinya, menamparnya dan juga menolak kepalanya.

Perbuatannya dirakam kamera litar tertutup di flat di Punggol itu, yang kemudian dilihat ibu bapa bayi tersebut.

Tursinah dijatuhi hukuman penjara 12 minggu selepas mengaku bersalah terhadap enam daripada 15 tuduhan di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda kerana menganiayai kanak-kanak.

Baki pertuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Tursinah telah bekerja dengan ibu bapa bayi itu kira-kira tiga bulan apabila dia mula menganiayaai kanak-kanak tersebut antara Hari Krismas tahun lepas dan 4 Feb lalu.

Tursinah mengemukakan dua surat rayuan kepada mahkamah yang menyatakan, antara lain, dia tidak dibayar gaji selama lima bulan.

Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Luke Tan berkata beliau mendapati "mengejutkan" bahawa Tursinah seorang ibu.

"Awak tentu memahami seksa yang dialami oleh ibu bapa itu apabila mereka mendapat tahu tentang penganiayaan tersebut," kata beliau.

"Kanak-kanak itu terlalu muda untuk menyatakan kesakitannya, melindungi dirinya sendiri dan mendapatkan bantuan."

Encik Tan memberitahu Tursinah dia harus mendapatkan bantuan berasingan mengenai tuntutan gajinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >