Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembantu rumah dipenjara kerana pukul ibu majikan berusia 96 tahun

Sep 06, 2016 | 08:48 AM



SEORANG pembantu rumah yang melepaskan marahnya terhadap ibu majikannya yang uzur dengan menyerangnya berkali-kali, dihukum penjara 10 bulan pada Isnin (5 Sep).



Murni Panengsih, 25 tahun, mengaku bersalah terhadap lima daripada 15 pertuduhan mencederakan wanita berusia 96 tahun itu di rumah majikannya di kawasan Lavender.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dora Tay berkata warga Indonesia itu digajikan sekitar Disember 2013 untuk menjaga mangsa, yang terlantar di katil, menghadapi masalah ginjal lemah, berpenyakit kencing manis dan menunjukkan tanda-tanda demensia.



Kesalahan Murni terdedah pada 17 Sep tahun lalu apabila anak perempuan mangsa melihat pembantu rumah itu memukul ibunya semasa melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di flatnya.



Beliau berdepan dengan pembantu rumah itu, dan apabila melihat rakaman lalu daripada CCTV tersebut, mendapati Murni mencederakan ibunya beberapa kali. Beliau kemudian membuat laporan polis.



DPP Tay berkata pembantu rumah itu pertama kali ditegur pada Julai 2014 apabila dia ditangkap memukul kepala mangsa. Dia berjanji tidak akan melakukannya lagi.



Menurut anak mangsa, beliau melihat beberapa kesan lebam pada tubuh ibunya sebelum 17 Sep, dan ibunya berkata "ada orang cuba membunuhnya".



Namun, beliau menyangka ibunya berkhayal. Beliau juga berasa Murni melakukan kerjanya menjaga mangsa dengan baik dan menyayangi beliau.



Mahkamah diberitahu bahawa pembantu rumah itu mendera mangsa sejak Mei 2014 untuk melepaskan marahnya, sedangkan mangsa tidak pernah didera atau diancam keluarganya.



Pada 15 Ogos tahun lepas semasa memberi mangsa minum, Murni memukul bibirnya dengan botol air. Dia juga menekan kepala mangsa untuk menghalangnya daripada menggerakkan kepalanya. Apabila mangsa cuba menyentuh bibirnya selepas dipukul, pembantu rumah itu menguis tangannya.



Selain itu, sambil memberi beliau makan pula, Murni menggunakan tangan kirinya untuk menampar muka mangsa beberapa kali dan menekan kepalanya ke bantal semasa beliau baring.



Dua hari kemudian, semasa memberi mangsa makan, Murni menarik telinga beliau dan menolak kepala beliau ke bantal beberapa kali.



Dia juga menekan kepala mangsa ke katil dan memukul mukanya beberapa kali.



Murni mendera mangsa sekali lagi pada 17 Sep.



Peguam bela Diana Ngiam, yang bertindak secara pro bono (percuma) bagi Murni, berkata pakar psikiatri Dr John Bosco Lee mengdiagnosis pembantu rumah itu mengalami gangguan menyesuaikan diri, yang banyak menyumbang kepada kesalahan itu.



Hakim Daerah Low Wee Ping berkata yang paling membimbangkan dalam kes itu ialah usia lanjut mangsa. Orang tua seperti itu, kata beliau, tidak dapat memahami atau menyuarakan kesusahan mereka apabila bahaya dikenakan ke atas mereka oleh pembantu rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >