Pembantu rumah dituduh berhubung kematian bayi setahun di Simei

SEORANG pembantu rumah warga Indonesia didakwa pada Selasa (10 Mei) berhubung kematian seorang bayi dalam jagaannya.

Maryani Usman Utar, 30 tahun, didakwa menyebabkan kematian Richelle Teo Yan Jia, satu tahun, "dengan menumbuk lehernya dan mencekik lehernya dengan sekuat daya awak hingga dia berhenti menangis, dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan kematiannya".

Dia didakwa melakukan pembunuhan tanpa niat itu antara 2 dan 7.36 pagi pada Ahad (8 Mei), di Blok 225 Simei Street 4.

Jika sabit kesalahan, Maryani menghadapi hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.

Maryani berdiri tidak menunjukkan sembarang perasaan di kandang tertuduh apabila jurubahasa Indonesia membacakan pertuduhan kepadanya.

Hakim Daerah Christopher Goh membenarkan permohonan pendakwa polis untuk menahannya selama seminggu, dengan kebenaran membawanya ke luar untuk siasatan.

Kes itu akan disebut semula pada 17 Mei.

Bayi itu ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya di rumah pada pagi Ahad dengan kesan lebam pada leher dan kepalanya.

Bibir bayi perempuan itu telah menjadi ungu, dan dia disahkan meninggal dunia di hospital.

Maryani tiada di rumah ketika bayi itu ditemui kerana ia hari kelepasannya, dan polis menahannya di kawasan Marina Bay pada hari sama.

Dia dipercayai telah bekerja untuk keluarga itu lebih setahun. Ia pekerjaan pertamanya di Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.