PERKHIDMATAN MRT di Laluan Timur-Barat (EWL) antara stesen Joo Koon dan Tuas Link akan digantung hari ini bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyusuli kejadian perlanggaran kereta api di stesen Joo Koon.
Bagi membantu penumpang yang terjejas, SMRT akan menyediakan khidmat bas sambungan sepanjang laluan stesen yang terjejas.