Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembersihan sungai tidak pernah selesai, usah buang sampah: PM Lee

Nov 26, 2017 | 06:26 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Long  berkata pada Ahad (26 Nov)  pembersihan Sungai Singapura tidak pernah selesai dan beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan membuang sampah sembarangan.

 

Sampah yang dibuang sembarangan  akhirnya masuk ke dalam    sungai dan longkang, ujar  Encik Lee.



“Pembersihan sungai tidak pernah selesai. Rakyat Singapura masih perlu belajar  tidak membuang  sampah  di tanah, yang masuk  ke dalam longkang dan sungai, dan harus diadang oleh adangan,” kata Encik Lee semasa berucap pada    majlis ulang tahun ke-60 akhbar  Berita Harian di Hotel Swissotel Merchant Court Singapura.



Sambutan ulang tahun BH  itu  merangkumi sebuah pameran awam lima hari, yang berakhir   Khamis ini, di tepi  Sungai Singapura bagi  menghargai   usaha perintis dalam pembersihan sungai itu, yang bermula pada  1977.



PM Lee menambah bahawa menghapuskan pencemaran sungai itu memerlukan   banyak penyelarasan,  perancangan dan “tekad dan keinginan politik”.



Sepanjang lebih 10 tahun, Singapura mengorek dasar sungai itu  yang tercemar dan menutup  ladang babi dan industri  lain yang mencemarkannya, kata beliau.



Selain itu,  semua premis di kawasan tadahan disediakan dengan saliran,  penduduk setinggan dipindahkan ke flat HDB, penjaja jalanan ditempatkan semula di   pusat penjaja baru, dan limbungan dipindahkan ke Pasir Panjang.



“Kami mahu terus mencantikkan sungai dan mengubah diri kita menjadi Bandar Taman dan Air  dengan program ABC Waters ABC (Aktif, Cantik dan Bersih),” ujar Encik Lee.



Editor  Berita Harian, Encik  Saat Abdul Rahman, yang juga bercakap pada acara itu,     berkata: “Selain memperingati ulang tahun kami, kami  merayakan 40 tahun sejak seruan  oleh Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew bagi  membersihkan Sungai Singapura.”

Beliau berkata: “Mengalir di tengah-tengah Singapura, Sungai Singapura dan apa yang diwakilinya adalah sebahagian daripada kehidupan rakyat Singapura.”

Encik Saat   menambah: “Begitu juga, Berita Harian juga merupakan denyut jantung masyarakat Melayu yang inklusif  dan telah memainkan peranan penting dalam kemajuan masyarakat sejak bertahun-tahun.”

Menteri  Sekitar dan Sumber Air Masagos Zulkifli dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan  Ehwal Luar),   Dr Maliki Osman, turut hadir di acara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >