Pembinaan Fasa 1 Terminal Tuas bermula

PEMBANGUNAN Terminal Tuas - yang membuktikan iltizam Singapura untuk mengekalkan kedudukannya sebagai negara pesisir jagat dan telah melabur dalam prasarana pelabuhan - telah memulakan Fasa Pertama pembinaannya.

Apabila selesai kelak, kesemua 20 penampang laut dalam di Fasa 1 Terminal Tuas akan berupaya mengendalikan kira-kira 20 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) setiap tahun.

Keseluruhan terminal mega ini akan mampu mengendalikan sehingga 65 juta TEU.

Sebagai komponen utama Pelabuhan Generasi Singapura yang selanjutnya, Terminal Tuas akan dilengkapi ciri-ciri baru seperti memanfaatkan keluasan tanah sepenuhnya dengan menggunakan kedua-dua keluasan atas dan bawah tanah bagi tujuan kemudahan penyimpanan, serta meningkatkan keselamatan perairan di sekeliling pelabuhan dengan menggunakan sistem pengurusan trafik generasi baru; dan mengurangkan kos tenaga kerja dengan menggunakan teknologi seperti kren lapangan berautomasi dan peralatan pelabuhan.

Terminal Tuas akan dibangunkan dalam empat fasa dalam masa 30 tahun dengan kerja-kerja penambakan untuk Fasa 1 dijangka selesai pada awal 2020an.

Pada Februari 2015, Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) telah melantik DIAP-Daelim Joint Venture untuk menjalankan kerja-kerja penambakan dan yang berkaitan dengan Terminal Tuas Fasa 1.

Kerja-kerja itu termasuk menambak 294 hektar tanah, mengorek Tuas Basin dan Temasek Fairway, selain membangunkan struktur dermaga.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.