Pemblog Amos Yee dihukum penjara 6 minggu dan denda $2,000

LIMA belas bulan selepas dipenjara kerana menyakiti perasaan agama, pemblog Amos Yee sekali lagi dihukum penjara bagi jenayah yang sama pada Khamis (29 Sep).

Remaja berusia 17 tahun itu dijatuhi hukuman penjara enam minggu dan denda sejumlah $2,000 bagi lapan tuduhan - dua kerana gagal hadir di sebuah balai polis dan enam kerana menyakiti perasaan orang Islam dan/atau Kristian.

Hakim Daerah Utama Ong Hian Sun berkata "ucapan menghina dan kurang sopan" Yee mempunyai kecenderungan mencetus kekacauan, memarak permusuhan dan menggugat keharmonian sosial.

Jika Yee tidak membayar denda itu, dia akan dipenjara 10 hari. Dia akan memulakan hukumannya pada 13 Okt.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hon Yi berkata: "Kes ini ialah mengenai seseorang tertuduh yang, walaupun selepas melanggar undang-undang bagi kesalahan sama, sengaja menaikkan taruhan dengan menaikkan keburukan bahan yang diciptanya. Tertuduh secara sinis berhasrat menyakitkan perasaan agama untuk mendapat perhatian bagi dirinya sendiri, dan akhirnya mendapat keuntungan kewangan daripada perhatian itu.

"Walaupun tertuduh masih muda, dia bukanlah tidak matang, dan dia tahu sepenuhnya implikasi tindakannya. Melihat videonya, yang sarat dengan bahasa keras dan penuh dengan komen bertujuan menghina aspek utama agama Kristian dan Islam, dengan mudah membuktikan ini.

"Dalam menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, mahkamah ini perlu menghantar mesej jelas bahawa tindakan yang mempersoal keharmonian kaum dan agama di negara ini tidak akan diterima," kata DPP Hon.

Peguam bela N. Kanagavijayan berkata Yee "amat menyesali semua perbuatannya".

"Dia mengaku bahawa semua tindakannya terlalu kesat dan provokatif bagi agama Kristian dan agama Islam. Dia mengakui bahawa tindakannya telah dirancang terlebih dahulu."

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:13
Isyak
8:22
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,173.240 -11.330