Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembunuh akhirnya gagal tukar hukuman mati kepada penjara seumur hidup

Apr 05, 2016 | 11:47 AM



PEMBUNUH yang telah disabitkan, Jabing Kho, gagal dalam usaha saat-saat akhirnya untuk membatalkan hukuman matinya, yang dibuatnya tahun lepas kurang 24 jam sebelum dia seharusnya dihukum gantung.



Mahkamah Rayuan lima hakim - panel sama yang menjatuhkan keputusan terbahagi 3-2 agar dia dihukum mati tahun lalu - sebulat suara menolak pada pagi Selasa (5 Apr) rayuan kedua rakyat Malaysia itu.



Ibu dan kakak Kho menangis teresak-esak dengan kuat di mahkamah apabila mendengar keputusan itu.



Pada 2008, Kho, 31 tahun, yang berasal dari Sarawak, memukul seorang warga China, Encik Cao Ruyin, 40 tahun, dengan dahan pokok ketika merompak beliau bersama seorang rakan subahat.



Encik Cao meninggal dunia akibat kecederaan kepala enam hari kemudian.



Pada 2010, Kho dan rakannya dijatuhi hukuman mati, yang wajib bagi kesalahan membunuh pada waktu itu.



Rakannya, yang menggunakan tali pinggang sebagai senjata, terlepas hukuman gantung selepas berjaya merayu agar tuduhannya dikurangkan kepada rompakan dengan kecederaan.



Rayuan Kho gagal. Bagaimanapun, hukumannya ditukar kepada penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi pada 2013, selepas undang-undang dipinda bagi memberi hakim budi bicara memilih hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan membunuh tanpa niat menyebabkan kematian.



Namun, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap hukuman seumur hidup itu, dengan alasan jenayah ganas Kho mewajarkan hukuman mati.



Pada Januari tahun lalu, mahkamah rayuan lima hakim menjatuhkan keputusan 3-2 memihak kepada pendakwaan agar Kho digantung.



Dia dijadualkan digantung pada 6 Nov lalu, selepas rayuan pengampunannya ditolak oleh Presiden pada Oktober.



Bagaimanapun, kurang 24 jam sebelum dia dihukum gantung, peguam Chandra Mohan K. Nair mendapat penangguhan sementara bagi menyediakan satu lagi rayuan.



Dua minggu kemudian, Encik Mohan berhujah kepada mahkamah rayuan agar mengetepikan keputusannya sendiri. Beliau berkata mahkamah itu perlu menimbangkan semula keputusannya kerana ia telah menggunakan prinsip hukuman yang salah.



Encik Mohan juga berhujah bahawa di peringkat penghukuman semula, Kho dinafikan peluang memberi keterangan mengenai bilangan pukulan dan kekuatan yang digunakannya apabila dia menyerang Encik Cao.



Pihak pendakwaan berhujah itu semua hanya percubaan seorang peguam yang kecewa untuk meyakinkan mahkamah agar menimbangkan semula perkara yang sudah dipertimbang dengan teliti.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Francis Ng berkata Kho memberi keterangan semasa perbicaraan asal bahawa dia memukul mangsa dua kali dan tidak tahu kekuatan yang digunakannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >