Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pembunuhan di Lim Chu Kang: Peniaga didapati salah bunuh bekas kekasih isteri

Jan 17, 2017 | 10:44 AM



SINGAPURA - Mahkamah Tinggi pada Selasa (17 Jan) mendapati seorang ahli perniagaan berusia 56 tahun bersalah membunuh bekas kekasih isterinya yang lebih muda.



Chia Kee Chen didapati bersalah memaksa mangsa, penganalisis bahan berusia 37 tahun, Dexmon Chua Yizhi, ke belakang van yang dipinjam, bersama seorang warga Indonesia, Febri Irwansyah Djatmiko, antara 28 Dis dengan 29 Dis 2013.



Selepas menyerang mangsa, mereka membuangnya di kawasan latihan tembakan tentera di Lim Chu Kang. Chia kemudian membawa polis menemukan mayat itu.



Bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat kecederaan yang disebabkan hentakan benda tumpul ke muka dan kepalanya yang begitu teruk hinggakan hampir semua tulang mukanya patah.



Bagaimanapun, Chia berkata dia tiada kaitan dengan pembunuhan itu dan cuba menyalahkan individu misteri bernama 'Ali'.



Dia mendakwa dia sedang menunggu Encik Chua di tempat letak kereta berhampiran flat lelaki muda kerana dia mahu mendapatkan kembali thumbdrive mengandungi rakaman seks isterinya.



Febri, 33 tahun, masih berleluasa tetapi telah memberikan kenyataan kepada polis Indonesia bagaimana Chia melibatkannya untuk membunuh mangsa.



Seorang lagi lelaki yang terlibat dalam jenayah itu, Chua Leong Aik, yang memandu van tetapi melarikan diri kerana takut, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana penculikan dan menyebabkan kecederaan parah secara berbahaya.



Penghukuman ke atas Chia ditangguhkan ke hari lain. -- ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >