Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemecatan CEO NKF: Kes 'salah guna kuasa' berunsur seks

Nov 18, 2016 | 08:08 AM



KEJADIAN yang membawa kepada pemecatan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Encik Edmund Kwok, ialah penyalahgunaan kuasa, menurut sumber rapat dengan kes itu.



Satu perbuatan bersifat seksual didakwa berlaku pada 7 November.



Encik Kwok, 58 tahun, mendekati seorang rakan sekerja lelaki berusia awal 20-an tahun, kata sumber berasingan kepada akhbar The Straits Times.



Ia kali pertama pertemuan begitu berlaku antara mereka, kata sumber.



Pekerja itu mengambil masa satu hari untuk memaklumkan penyelianya di NKF.



Rakan sekerja itu memberitahu penyelianya beliau berasa tidak boleh menolak permintaan Encik Kwok, dan tiada kuasa untuk menghentikan perbuatan itu, kata dua sumber rapat.



"Ia penyalahgunaan kuasa yang jelas," kata salah seorang daripada mereka.



Pekerja itu juga berkata beliau tidak mahu membesarkan perkara tersebut, misalnya dengan membuat laporan polis, menurut sumber-sumber. Beliau masih bekerja di NKF.



Yayasan itu memutuskan membuat laporan polis selepas menyoal Encik Kwok. Semasa sidang akhbar pada Rabu (16 Nov), NKF berkata Encik Kwok mengakui, pada dua masa berasingan, bahawa kejadian yang didakwa itu berlaku.



Kali pertama Jumaat lalu (11 Nov), apabila beliau ditanya oleh pengerusi NKF, Encik Koh Poh Tiong. Semasa pendengaran tatatertib pada Ahad, beliau sekali lagi berkata ia berlaku.



Peguam NKF menasihatkan Encik Koh apa yang berlaku adalah "kesalahan boleh dilaporkan".



Pada Isnin, Encik Kwok dipecat oleh NKF kerana "tingkah laku kurang bijaksana peribadi". Pada Selasa, badan amal itu membuat laporan polis.



Polis dijangka menjalankan siasatan memandangkan laporan telah dibuat oleh NKF, dan langkah seterusnya ialah mendapatkan kenyataan daripada mangsa.



Difahamkan bahawa pekerja terlibat belum memberi kenyataan polis.



Menurut peguam, jika mangsa tidak bersedia memberi kenyataan kepada polis atau di mahkamah, maka tidak akan ada kes.



Encik Kwok telah berkahwin dan mempunyai dua anak berumur 20-an tahun. Difahamkan bahawa keluarga Encik Kwok telah "memaafkan beliau".



Mereka juga mendapat sokongan daripada gereja tempat Encik Kwok menjadi salah seorang pemimpin.



Encik Kwok dilihat buat kali pertama selepas berita mengejut itu tersiar pada Rabu apabila beliau meninggalkan rumah teresnya di Hougang pada Khamis petang, sendirian di dalam kereta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >