Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pementasan interaktif galak penduduk Eunos Crescent berbudi pekerti

Jan 14, 2018 | 07:30 PM



 



 



Lebih 500 orang berpeluang campur tangan, pada Ahad (14 Januar) untuk  mencadangkan tindakan sewajarnya apabila melihat orang lain membuang sampah merata-rata atau melakukan perkara kurang baik lain



Mereka sedang ‘menonton’ pementasan interaktif Living The Norm Way, atau Hidup dengan Cara Biasa, yang menggalakkan penonton bersikap lebih sedar tentang kebiasaan sosial yang diterima.



Pementasan itu menunjukkan perbuatan sosial yang tidak diingini, seperti membuang sampah merata-rata, perbual dengan suara yang kuat dan enggan berkongsi meja dengan orang lain.



Ia juga meminta penonton memberi candangan untuk memupuk sekitaran yang lebih berbudi baik.



Pementasan itu, yang diadakan di Pasar dan Pusat Makanan Eunos Crescent, diadakan oleh Majlis Persepaduan Persatuan Rakyat (PA).



Ia telah diadakan beberapa kali di wadah kemasyarakatan lain, sejak diperkenalkan di Fiesta Satu Masyarakat PA di GRC Tampines pada September lalu.



Profesor Madya Fatimah Lateef, penasihat di majlis itu berkata pementasan ini diharap menggalakkan penduduk memupuk sikap yang diingin, supaya ia menjadi kebiasaan sosial di ruang awam di kejiranan.



“Ia adalah satu peringatan bahawa kita semua boleh memain peranan membentuk Singapura yang lebih insklusif dan lebih berbudi baik," kata Profesor Fatimah, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >