SUASANA sayu menyelubungi Pusara Aman semalam apabila tokoh pemimpin, Allahyarham Othman Wok, dikebumikan.
Hujan renyai dan awan mendung mengiringi pedati meriam yang membawa keranda jenazah Allahyarham dari Masjid Sultan dan tiba di Pusara Aman kira-kira 3 petang.