Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan keselamatan, penutupan jalan di Marina Bay semasa kira detik Tahun Baru

Dec 24, 2015 | 10:45 AM



PEGAWAI polis dan polis tambahan serta pengawal keselamatan akan dikerah demi keselamatan serta kawalan orang ramai dan trafik di kawasan Marina Bay pada malam Tahun Baru Khamis depan.


Kerahan itu perlu kerana jumlah besar orang dan trafik sesak dijangka semasa acara Kira Detik Marina Bay Singapura 2016, kata polis dalam satu kenyataan akhbar pada pagi Khamis (24 Dis).


Pegawai polis juga mungkin menjalankan pemeriksaan ke atas beg dan barang peribadi atas sebab-sebab keselamatan. Orang ramai juga digalak memberitahu pegawai berhampiran sekiranya mereka terjumpa sembarang barang atau orang mencurigakan.


Bagi mengelakkan kesesakan, pegawai akan mengawal selia jumlah orang yang memasuki The Promontory, One Fullerton/Taman Merlion, Taman Esplanade, Esplanade Waterfront Promenade, Marina Bay Sands Promenade dan kawasan lain dalam persekitaran Marina Bay.


Kereta api MRT pula mungkin tidak berhenti di stesen terlalu sesak untuk mengurangkan kesesakan, kata polis.


Selain itu, laluan pejalan kaki sepanjang Esplanade Bridge dan Bayfront Avenue di sepanjang Helix Bridge boleh dilalui sahaja dan pejalan kaki tidak akan dibenarkan berkumpul di situ.


Laluan pejalan kaki di sepanjang Jambatan Benjamin Sheares pula akan ditutup kepada pejalan kaki dari 6 petang pada Malam Tahun Baru hingga 1 pagi pada Hari Tahun Baru.


Lorong dan jalan raya tertentu akan ditutup kepada semua kenderaan semasa tempoh tertentu demi keselamatan penonton.


Di samping itu, arah trafik di Temasek Avenue menghala ke Bayfront Avenue (antara Raffles Boulevard dan Raffles Avenue) akan diterbalikkan bagi memudahkan orang ramai bersurai.


Meletak kenderaan di jalan raya di sekitar kawasan itu dan menghentikan kenderaan di sepanjang East Coast Parkway di Jambatan Benjamin Sheares untuk menonton bunga api dilarang sama sekali.


Polis memberi amaran tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu yang melanggar peraturan itu dan kenderaan yang menyebabkan halangan akan ditunda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >