Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan kesihatan tunjukkan PM Lee sihat: Vivian Balakrishnan

Aug 22, 2016 | 12:32 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dalam keadaan baik.



Demikian ditunjukkan satu pemeriksaan kesihatan lewat malam yajg dijalani beliau selepas tiba-tiba sakit semasa Rapat Hari Kebangsaan pada Ahad (21 Ogos) malam.



Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, dalam satu pos Facebook pada pagi Isnin, berkata Encik Lee pergi ke Hospital Besar Singapura (SGH) bagi menjalani lebih banyak pemeriksaan menyusuli rapat di ITE College Central itu



"Kami kemudian pergi ke SGH bagi lebih banyak pemeriksaan - - yang semuanya normal, sebelum balik sekitar jam 1.30 pagi," tulis Dr Balakrishnan.



Beliau menyifatkan kejadian Encik Lee berhenti seketika dan terputus-putus dalam ucapan bahasa Inggeris pada kira-kira 9.20 malam sebagai satu "episod vasovagal".



Respons vasovagal ialah akibat refleks peredaran darah tidak normal yang menyebabkan pengenduran tidak normal saluran darah tubuh. Seseorang biasanya pengsan semasa mengalami keadaan itu.



"Apabila kami bergegas naik ke pentas, kami mendapati PM Lee sedar sepenuhnya tetapi mempunyai gejala dan tanda-tanda klasik - kepeluhan, kadar denyutan jantung rendah dan tekanan darah rendah. Rasa pening kepala awal hilang dalam beberapa minit, dan saya tahu beliau mahu kembali ke atas pentas untuk melengkapkan ucapannya," katanya.



Dr Balakrishnan turut memberi gambaran sepintas lalu mengenai tekad Encik Lee untuk meneruskan ucapannya.



"Sedang pemeriksaan awal dijalankan, beliau sibuk menyunting semula ucapannya. Dan kemudian beliau balik semula ke situ dan menyelesaikan ucapannya. Perkataan beliau menjadi lebih penting."



"Marilah kita semua bersyukur, dan terus melakukan yang terbaik. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Harap PM mendapat tidur yang baik. Beliau layak mendapatnya!"



Encik Lee mendapat tepukan gemuruh daripada penonton selepas beliau kembali ke pentas pada 10.40 malam.



Beliau mengakhiri ucapannya dengan mengumumkan bahawa Menteri Kewangan Heng Swee Keat - yang mengalami angin ahmar pada Mei - akan menjalankan semula tugasnya tidak lama lagi, dan menekankan peri penting penggantian pucuk kepimpinan.



Seorang Perdana Menteri baru mesti bersedia mengambil alih selepas pilihan raya umum akan datang, kata Encik Lee.



"Apa yang berlaku membuat lebih penting saya bercakap mengenainya sekarang," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >