Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan lebih ketat bagi syarikat asing yang sedia penerbangan ke Singapura

Nov 11, 2015 | 09:39 AM



SINGAPURA telah meningkatkan pemeriksaan ke atas syarikat penerbangan asing bagi memastikan keselamatan, sedang jumlah penumpang dan penerbangan terus meningkat.


Semua syarikat penerbangan yang terbang ke sini sekarang mesti mempunyai permit operasi yang dikeluarkan oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (11 Nov).


Sebelum ini, syarikat penerbangan asing boleh terbang ke sini selagi mereka diberi lesen oleh pihak berkuasa penerbangan awam negara masing-masing.


Peraturan baru itu, yang berkuat kuasa tahun lepas, memerlukan syarikat mengemukakan maklumat terperinci mengenai operasi mereka, termasuk prosedur penyenggaraan pesawat dan program latihan juruterbang.


Mereka juga perlu menyediakan data khusus berkaitan kumpulan pesawat mereka rancangan gunakan bagi operasi ke Singapura, seperti umur dan apakah pesawat itu pernah terlibat dalam sebarang kejadian.


Setelah diluluskan, permit terbang itu sah sehingga lima tahun bagi syarikat penerbangan seperti Emirates dan British Airways, yang menjalankan penerbangan berjadual, dan sehingga setahun untuk pengendali tidak berjadual, seperti mereka yang menyediakan penerbangan sewa khas dan perubatan.


Setakat ini, CAAS telah mengeluarkan permit kepada 90 syarikat penerbangan asing yang mengendalikan penerbangan berjadual dan 126 pengendali perkhidmatan tidak berjadual, kata pengarah bagi layak terbang dan operasi penerbangan CAAS, Encik Tan Kah Han.


Sebelum perubahan dasar itu, hanya syarikat penerbangan tempatan, seperti Singapore Airlines, Tigerair dan Jetstar Asia, dikehendaki memohon permit terbang.


Program pengawasan penerbangan asing CAAS dan pemeriksaan lebih ketat yang diperkenal itu membolehkan pihak berkuasa "menilai dengan lebih baik risiko keselamatan penerbangan asing yang beroperasi ke Singapura", kata Encik Tan.


Dalam menimbangkan permohonan, pihak berkuasa mengambil kira pelbagai faktor, termasuk keupayaan pengawasan keselamatan negara di mana syarikat penerbangan itu didaftar, keupayaan operasi syarikat penerbangan dan rekod keselamatan jenis pesawat yang hendak digunakan bagi penerbangan ke Singapura, ujar beliau.


"Kami juga mengambil kira maklumat keselamatan daripada pihak berkuasa penerbangan lain, termasuk hasil pemeriksaan dan audit yang mereka menjalankan," tambahnya.


Setelah permit diberi kepada syarikat penerbangan asing, pemeriksaan berkala dilakukan apabila ia terbang ke sini, katanya.


Jika terdapat kebimbangan keselamatan, sesebuah pesawat boleh dan pernah dilarang tidak terbang hingga isu tersebut diselesaikan, kata Encik Tan, sambil menyatakan kes seperti itu jarang berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >