Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemeriksaan nyamuk di Toa Payoh dipertingkat

Dec 01, 2015 | 09:14 AM



USAHA mencari tempat pembiakan nyamuk aedes dipertingkat di Toa Payoh Lorong 8, selepas seorang lelaki tua yang tinggal di situ meninggal dunia akibat demam denggi Sabtu lalu (28 Nov).


Majlis Bandaran Potong Pasir telah meningkatkan pemeriksaan di longkang dan kawasan pembiakan biasa lain.


Anggota Parlimen Potong Pasir, Encik Sitoh Yih Pin, berkata pada Isnin bahawa penduduk akan dimaklumkan mengenai sebarang pengemaskinian.


"Jika perlu, notis juga akan dipasang di kawasan terbabit sebaik-baik sahaja kawasan masalah dikenal pasti," katanya.


Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata Toa Payoh Lorong 8 bekas kelompok denggi, yang mempunyai tujuh kes denggi yang dilaporkan sebelum kelompok tersebut ditutup pada 23 Nov.


Sesebuah kelompok ditutup oleh NEA apabila ia mempunyai kurang daripada dua kes dalam tempoh dua minggu.


Semasa pemeriksaan awal di kawasan itu, NEA menemui 11 tempat pembiakan nyamuk Aedes dan membinasakannya. Empat ditemui di dalam rumah, manakala tujuh di luar rumah.


NEA berkata ia akan terus memeriksa kawasan itu.


Encik Sitoh menggesa penduduk supaya melaporkan tempat pembiakan yang berpotensi kepada pihak berkuasa.


Sementara itu, 254 kes demam denggi dilaporkan di seluruh Singapura pada minggu berakhir 21 Nov, meningkat daripada 198 pada minggu sebelumnya.


Dari 22 Nov hingga 3.30 petang Jumaat lalu, 228 kes dilaporkan.


Pada Jumaat lepas, terdapat 39 kelompok denggi aktif. Di kawasan terbesar, dari Tampines Street 81 ke Tampines Street 91, terdapat 42 kes denggi dalam tempoh dua minggu lepas.


NEA dan Kementerian Kesihatan berkata pada Ahad bahawa keadaan lebih panas disebabkan oleh El Nino boleh menyebabkan tempoh pembiakan pendek nyamuk Aedes dan masa pengeraman virus denggi lebih pendek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >