Pemerintah akan bantu perkukuh pendidikan subjek sekular madrasah

Beri bantuan kewangan bagi pertingkat kemahiran guru dan bagi skim anugerah untuk murid cemerlang

PEMERINTAH akan bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk memperkukuh pendidikan subjek sekular di madrasah.

Mengumumkan demikian dalam Rapat Hari Kebangsaan sebentar tadi, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pemerintah akan memberi bantuan kewangan bagi mempertingkat kemahiran guru dan bagi skim anugerah untuk murid-murid cemerlang dalam subjek sekular.

Menurut beliau, madrasah sepenuh masa di Singapura memainkan peranan penting dalam melahirkan asatizah dan ulama.

Bahkan, Encik Lee gembira dengan tahap kemajuan madrasah lebih-lebih lagi bagi Sistem Madrasah Bersama (JMS).

Justeru, Pemerintah mahu meningkatkan mutu pencapaian madrasah Singapura ke tahap lebih tinggi.

"Tentu sekali, dalam soal pendidikan agama, kita serahkan kepada Muis dan masyarakat.

"Tetapi, Pemerintah boleh membantu dalam subjek-subjek sekular seperti Matematik dan Sains," kata Encik Lee.

Menurutnya, asas yang kuat dalam subjek-subjek bukan agama penting bagi mempersiapkan asatizah dan ulama untuk membimbing masyarakat dalam kehidupan serba moden dan berteknologi tinggi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.