Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah akan pantau kesan Pokemon Go ke atas masyarakat: Yaacob

Jul 25, 2016 | 09:24 AM



PEMERINTAH akan memantau kesan permainan Pokemon Go kepada masyarakat, menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim.



Beliau menyatakan demikian semasa menjawab pertanyaan apakah pemerintah akan memperkenal sembarang garis panduan bagi permainan itu, memandangkan ia telah menyebabkan masalah di negara lain, daripada pencerobohan jenayah kepada kemalangan jalan raya, sedang pemain memburu watak-watak dalam permainan tersebut.



Permainan itu menggunakan teknologi realiti diperkukuh untuk membolehkan pemain "melihat" watak-watak maya Pokemon sedang mereka melihat persekitaran mereka melalui kamera telefon pintar.



"Kita perlu kaji dengan sangat, sangat berhati-hati apa sahaja yang dibawa masuk ke Singapura," kata Dr Yaacob sambil menegaskan ia tidak harus merosakkan gaya hidup atau cara sesuatu perkara dilakukan di sini.



Beliau berkata demikian kepada pemberita di Permainan Pekak Nasional di Dewan Badminton Singapura pada Ahad (24 Jul).



"Kami akan memantau keadaan ini, bagaimana permainan ini dimainkan dan... kesannya kepada masyarakat," kata beliau.



"Dan jika ia benar-benar sesuatu yang kita harus ambil berat, saya fikir MDA (Penguasa Pembangunan Media) pasti akan membuat keputusan mengenai perkara terbaik yang kita boleh lakukan, jika permainan ini benar-benar diperlukan di sini, bagaimana... kita boleh melakukannya dalam cara yang menjadi situasi di mana semua pihak menang."



Pokemon Go kini boleh didapatkan secara rasmi di lebih 35 negara.



Jepun, di mana permainan itu dilancar Jumaat lalu, telah mengeluarkan amaran panduan keselamatan mengenai strok haba, orang tidak dikenali meragukan dan risiko lain.



Pegawai Indonesia malah menyifatkan permainan itu sebagai ancaman keselamatan, sementara ada orang di Mesir dan Russia mendakwa permainan itu ialah satu pakatan oleh agensi pengintip.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >